CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday 15 December 2011

9 Perkara Yang Tidak Boleh Dibincangkan Dengan Lelaki ~


  1. Jangan ceritakan ada seorang lelaki yang diam - diam meminati anda apalagi jika lelaki tersebut adalah teman lama anda atau dia .
  2. Membenci ibunya ? cukup dengan menyimpan perasaan itu dalam hati saja . Meskipun si dia yang membuka cerita soal keburukan ibu . Jangan cuba - cuba menambah atau mengiyakannya . Bertindak tenang dan tutup mulut . Kalaupun hendak memberi komen . utarakan hal - hal yang positif dan neutral sahaja .
  3. Jangan ceritakan hal kecurangan yang pernah anda lakukan dibelakang dia . Hal ini akan meruntuhkan kepercayaan dia pada diri anda . Juga jangan sesekali memanjangkan cerita kecurangan dia terhadap anda . Tidak mustahil dia akan mengulanginya .
  4. Seiring dengan bertambahnya usia , ' keperkasaan ' si dia tentu akan mengalami penurunan . Jangan  cuba - cuba membandingkan hal itu dengan masa lalu .
  5. Jangan juga menceritakan bahawa sahabat anda mencurangi suaminya . Dia akan fikir bahawa anda juga akan bertindak sedemikian . Dia mungkin akan meragui kesetiaan anda ataupun dia akan mengongkong diri anda atas sebab keselamatan hubungan dia dengan anda .
  6. Jangan membuatnya patah semangat terhadap pekerjaan . Jika suatu hari dia mengeluh tentang bosnya yang bermasalah , berdirilah di pihaknya . Sokonglah dia dan bantunya mencari konklusi . Jangan terlalu mencampuri permasalahan tersebut . Cukup hanya sekadar memberi pendapat .
  7. Bercerai adala perkataan yang paling harus di hindari , walaupun anda dan si dia bertengkar hebat . Jika anda bernar - bernar tidak mahu berpisah dengannya , buang perkataan itu jauh - jauh .
  8. Jika anda mempunyai pendapatan yang lebih besar dari si dia , jangan pernah menyinggung si dia akan hal tersebut , apatah lagi menjadikan ia sebagai punca permasalahan .
  9. Ghairah anda tiba - tiba meningkat kerana bertemu dengan seorang teman lama atau seorang teman yang membuka hati anda . Jangan sesekali melayan akan punca keretakan sesebuah perhubungan  sedemikian . Biarkan hal itu berlalu dan anda haruslah tidak melaumpaui batasan dan kesusilaan .
  10. Yang penting , jangan merosakkan hubungan dengan pasangan hanya dengan mengejar keseronokan sementara walhal , hubungan yang telah terjalin dengan si dia yang akan berkekalan . Insyaallah , selagi tidak melanggar hukum dan nilai agama .

0 komen: