CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 7 December 2011

Tips Cinta Suami Isteri




Kat sini ada beberapa tips untuk pasangan suami isteri , tidak kiralah yang baru mendirikan rumah tangga atau pun yang sudah lama berkahwin . Amalkan untuk kebahagian rumah tangga dan menambah kemanisan dalam perhubungan . 

  1. Isteri perlu cium tangan suami dan suami perlu membalas dengan mencium dahi isteri sebelum berpisah untuk ke tempat kerja masing - masing .
  2. Jika berpisah lebih dari sehari seperti si suami atau pun si isteri seperti outstation , tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir dan bisikkan pada telinga pasangan " saya sayang awak " .
  3. Walau sesibuk mana sekalipun , curi masa untuk menelefon pasangan sekurang - kurangnya sekali walaupun sekadar bertanya apa yang sedang dilakukan .
  4. Sentiasa mengucapkan kalimah - kalimah keramat seperti " I Love You " sepenuh hati sebelum keluar kemana - mana , menamatkan panggilan telefon atau pun sebelum tidur .
  5. Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana pastinya ia tiada gangguan anak - anak jika pada hari bekerja .
  6. Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja sebagai tanda embil berat dan peluang untuk pasangan meluahkan perasaan .
  7. Luangkan masa untuk berbual apa sahaja dari isu rumah tangga hinggalah isu semasa semasa sebelum tidur .
  8. Mudah berbaik jiak berlaku salah faham , jangan biarkan berlarutan walau untuk satu jam sekalipun apatah lagi berhari - hari .
  9. Kalau boleh , temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran meraka walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting anda sentiasa berada di sisinya .
  10. Penting , jangan sesekali tidur berasingan walupun sudah mempunyai anak berderet atau kerana usia telah meningkat kerana ia adalah satu amalan penting untuk mengeratkan kasih sayang .
  11. Amalkan bersembahyang berjemaah semasa di rumah . berdoa dan bersalaman selepasnya .
  12. Biasakan bergilir bekas makan dan minum . Usah berasa geli dan segan menghabiskan makanan dan minuman pasangan .
  13. Sesekali , buatlah kejutan seperti membelikan hadiah untuk sesuatu peristiwa tertentu , memakai pakaian dalam yang seksi atau apa saja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya .
  14. Senda gurau dalam rumah tangga adalah penting , ceritalah sesuatu yang kelakar  , teka teki atau apa saja yang membolehkan anda ketawa bersama .
  15. Senantiasa mengenang akan pengorbanan pasangan seperti susah payah isteri melahirkan anak dan suami bekerja keras untuk menyara keluarga .
  16. Sesekali tukarlah gaya penampilan agar pasangan tidak merasa jemu seperti memakai baju baru yang up-to-date agar ada kelainan .
  17. Apa sahaja masalah yang timbul , berterus terang dan berbincang untuk mennyelesaikannya .
  18. Sentiasa berfikiran positif dan menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dan berkekalan .
  19. Dalam rumah tangga , pasangan perlu meluahkan apa yang terbuku di hati dan menyatakan rasa tidak puas hati kepada pasangan agar ia tidak menjadi umpama bom jangka yang boleh meletup pada bila - bila masa .




















Jika amalan - amalan diatas anda tidak pernah lakukan sehinggalah anda membacanya pada hari ini , jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa segan , ragu dan malu . Jika ada tips - tips yang lain , boleh kita kongsikan .


Renung - renungkan dan selamat beramal .

0 komen: