CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday 13 February 2012

balik kampung ~

jam 0310

aku sampai di kampung aku di Kuala Terengganu . 
perasaan sedih bercampur baur dengan perasaan kecewa 
dan macam - macam lagi perkara yang bermain di benak ,
mengusutkan lagi kepala otak aku yang dah 
sedia tepu tahap milo basi .

jam 0330

sampai di rumah , aku di sambut oleh ibuku .
aku bersalam dan memeluk erat org tuaku .
betapa rindunya aku kepada ibuku yang selama ini menjaga dan 
mengajar aku erti kehidupan dan makna kenapa aku 
perlu teruskan hidup walaupun hidup 
aku tidak lah sempurna seperti orang lain .

jam 1630

awek aku menelefon aku mengatakan yang dia perlu ke 
ladang untuk melakukan rutin harian di kandang fidlot yang group kami usahakan . 
hanya lembu dan bebiri untuk di buat fidlot .

jam 1844

aku menulis di blog aku ni kerana aku rasakan yang aku perlu
update blog aku setelah beberapa minggu tidak menjenguk 
blog ni . 

jam 1845

aku sedih dengan penderitaan ibuku yang mengidap macam - macam jenis
penyakit . aku risaukan kesihatan dirinya .
aku tidak sanggup berjauhan dengan ibuku . aku sayangkan ibuku,
namun , walaupun aku tidak sanggup meninggalkan dia untuk 
meneruskan pelajaran , tapi kerana dorongan dan galakan dia lah aku 
nekad untuk belajar dan sanggup melepaskan segalanya demi 
meneruskan masa depan aku . 
Insyaallah , dengan izin Allah swt , aku akan berjaya .
dan aku ingin membalas budi ibuku .

jam 1849
ibu , SAYA AKAN BERJAYA !! DOAKAN KEJAYAAN SAYA !!
SAYA AKAN TUNAIKAN HAJAT IBU !!
BERTAHANLAH DEMI SAYA , IBU !!
SAYA AKAN PULANG DENGAN KEJAYAAN !!
 

0 komen: