CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday 25 January 2012

duit - duit ~

kenapa dunia ni mesti wujud duit ?! 
kan bagus kalau dunia ni tanpa duit .
aku rasalah kan , 
kalau dunia ni tanpa duit .
mesti ramai umat manusia hidup dalam keadaan yang simple dan senang .
tapi , tak kan lah kita semua nak buat sistem barter pulak kan ?
so , duit tu memang sesuatu yang sangat penting .
penting ke ?

persoalan betapa penting atau pun tidak bukan lah bergantung 
kepada pendapat dan kepercayaan . 
tapi pada pengalaman kita sebagai pengguna dan pengeluar .
jika dunia hari ini masih lagi mengamalkan sistem barter ,
mampukah kita untuk menjalankan sistem tersebut ?
jadi , pada pendapat akulah , 

DUIT BUKAN SEGALA - GALANYA , TAPI 
TANPA DUIT  MANUSIA BOLEH JADI GILA !!

tapi aku bersyukur jika Allah s.w.t mahu aku hidup dalam keadaaan sederhana .
pada aku , hidup dalam keadaan sederhana banyak mengajar aku
erti kesabaran dan susah payah dalam mengejar cita - cita dan 
beribadat kepada-Nya . 
Alhamdulillah , setakat ni aku mampu lagi menangani masalah 
berkaitan duit !!

tapi kadang - kadang tu aku sendiri pun tension sebab takde duit .
tapi aku belajar bersabar dengan ujian yang di timpakan keatas aku kerana aku 
rasakan jika kita berada di dalam situasi tersepit macam aku ni ,
kita dapat melihat dan merasa penderitaan orang - orang yang bergelandangan 
seperti fakir - fakir miskin dan peminta sedekah .
sekurang - kurangnya sedikit sebanyak kita dapat merasa macam mana 
kesusahan diorang dalam menjalani liku - liku kehidupan sebagai 
khalifah di muka bumi Allah s.w.t . ni . 
diorang tak pernah merungut pun dengan kekurangan mereka malah mereka bersyukur .
aku pun tak paham lah , kenapa mereka tak pernah nak berusaha untuk 
mendapat yang lebih baik dari apa yang ada sekarang .
maybe diorang rasa kalau kita hidup senang ni , banyak dugaan dan godaan 
untuk menyesatkan kita dan melencong jauh tersasar dari landasan yang betul .

tapi apa yang aku nak cakap kat sini bukan pasal fakir miskin ataupun pasal
sistem barter dan semua tuh , tapi aku nak cakap

CARILAH PAHALA DALAM APA YANG KITA KERJAKAN .
BIAR AKHIRAT DAN DUNIA SEIMBANG DAN 
TIDAK BERAT SEBELAH .

ingatlah bahawa dunia semakin maju dan manusia semakin melupakan 
asal usul dan sejarah .
dalam seharian kita berkerja , berbuatlah amal dan selalu mengingati 
siapa pencipta kita dan kenapa kita di sini .

0 komen: